Sunday, 1 January 2012

Salam pertemuan..~Assalamualaikum~



Bukan niat untuk menjauhkan diri. Tapi diri ini terlalu takut untuk bertemu dengan seorang yang telah membuatkan diri ini tidak seperti dahulu, keluar dari zaman jahiliah. Memang tak kisah kalau diri ini di kutuk bahkan di cerca oleh masyarakat sekeliling, tapi diri ini tidak akan memaafkan diri sendiri sekiranya seseorang yang disayangi dihina dek kerana kelalaian diri ini.

Bermulanya pengajian di tempat baru, azam dan semangat pun makin bertambahlah hendaknya. Berusahalah, bersabarlah dalam mengangkat kembali kegemilangan Islam. Sememangnya terlalu pelik untuk membangun bersama Islam pada saat ini. Sabda Rasulullah bahawa Islam itu bermula dengan terasing, dan akan kembali terasing, maka berbahagialah bagi sesiapa yang tidak banyak kawannya, iaitu orang-orang yang melestarikan sunnahnya yang sudah dirosakkan oleh manusia sendiri.( H.R Muslim dan Tirmizi)   yang sudah menjadi kenyataan. Begitu pedih untuk seorang yang soleh dan solehah untuk hidup pada zaman sekarang, laksana menggengam bara api yang masih panas. Namun, kalau tidak digenggam bara api tersebut, bagaimana nak dirasakan ni’mat setelah bara apa itu terpadam. Paganglah bara api itu dengan penuh ketabahan.

Wahai temanku yang sangat disayangi, usiaku  makin meningkat. Hari matiku makin dekat. Namun, amalanku masih belum mencukupi. Inilah yang sering terlintas dalam fikiranku sehinggakan membuatkan diriku tak senang, sering gelisah mengingatkan hal ini.
Dalam memikul tanggungjawab untuk memimpin diri yang sudah jauh terpesong dari jalan Islam yang sebenar, datang pula jawatan-jawatan yang tak layak rasanya dipikul oleh seorang hamba yang begitu hina ini.

Apa yang ku harapkan, jagalah diri sebaik mungkin. Jangan sampai permata yang begitu berkilauan bertukar menjadi serpihan kaca yang sudah tidak berguna lagi,bahkan melukakan imsan lain. Ingatlah… Dunia ini adalah ladang akhirat. Kita akan tuai hasilnya di sana. Selalulah menyemak manhajmu agar tidak lari dari manhaj Rabbani yang telah turunkan.


Semoga kebahagiaan akan selalu bersamamu. Ampun dan maaf dipinta jika ada  kekasaran dan keterlanjuran bahasa yang telah mengguris hati seorang teman. Segala yang buruk dan baik adalah kurniaan Allah lalu disandarkan kepadaku. Segala kesalahan dari segi struktur bahasa mahupun tatabahasa harap dimaafkan. Namun dirasakan maksud telah disampaikan. .

Semoga bersama selamanya dalam keredhaan Allah…
-ilalliqa` - wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~



Ya Allah, adakah ini sebagai latihan untuk diriku, atau sebagai jalan untuk kau jauhkan diriku dari Mu… Ya Allah. Ampunkan dosa doaku yang lalu Ya Allah… sesungguhnya aku tak layak masuk syurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerekaMu Ya Allah. Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi 
( perintah ) Mu, bersatu memikul dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatan ini pada jalanMu yang sebenar. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma`rifat ( pengetahuan ) tentangMu Ya Allah. ( jika Engkau taqdirkan mati ) maka matikan pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini…

Ya Allah, diri ini terlalu hina untuk menerima permata yang begitu bersinar. Sesungguhnya aku redha kiranya Engkau taqdirkan sudah tidak dapat bersamanya. Namun tidak pula aku berharap untuk berada jauh daripadanya. kiranya permata tersebut adalah terbaik untukku mendekatimu, maka eratkanlah ikatan ini. Jangan pula kerana ujianMu ini aku terus lupa kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah, kini aku sudah jauh daripadamu Ya Allah. Aku selalu melupakanMu ya Allah. Aku mengasari ibu bapaku ya Allah. Hanya semata mata untuk mengikut kehendak nafsuku ay Allah. Ya Allah…..menderhakai guru guruku Ya Allah… guru yg selama ini mendidik diri ini untuk menjadi insane yang berguna… bagaimana untuk aku memaafkan diri ini kiranya engkau sendiri tidak mengampunkan dosa dosaku ya allah.

Ya allah… walaupun aku berada dalam suasana penuh dengan kemaksiatan, namum aku berjanji kepadamu ya allah…hidup dan mati ku hanyalah semata mata kerana Mu ya Allah…

No comments:

Post a Comment