...::::Cinta Seorang Pemuda::::..
- Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya,cantik betul.Sungguh!Sampai saya sendiri takut nak pegang.Bukan takut jari-jemarinya patah,tapi takut nanti jari-jemarinya kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dasyat dihadapan Yang Maha Esa!
- Saya suka sangat tengok rambutnya.Cantik betul……sungguh!Sebab itu saya belikan dia tudung,jangan main-main,tudung labuh plak tu!!!!hehe….Bukan sebab cemburu orang lain tengok,bukan!Bukan juga sebab saya takut rambut dia rosak…..Tapi saya mahu rambutnya sentiasa tertutup….ala,macam dalam iklan televisyen tu….sampai bila-bila………takut nanti dibakar dek api neraka,di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
- Saya terpegun tengok body teman wanita saya……solid betul.Saya sendiri tak percaya.Sebab tu saya carikan dia baju-baju yang selesa,tak ketat,tak jarang,tertutup semua bahagian……puas hati saya kalau dia pakai baju tu,lagi manis di pandang.Saya juga carikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan Kekasih dia Yang Utama,dia jauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.Saya pun tumpang dapat pahala…..Syoknya!
- Kadang-kadang,saya rasa pelik bila terpandang teman wanita saya,nampak macam ada yang tidak kena.Kenapa yer…..?Ooo….kakinya…..cantik,putih kemerahan….memang seksi….sebab tu saya belikan dia sarung kaki….nampak lebih sopan….dia pun bersependapat dengan saya.Seronoknya!!!!!
- Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur,tidak makan sebab rindukan saya.saya pun macam tu juga.Si dia bertanya,”Apa ubatnya bang?”.Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa…….semoga dia cintakan –Nya lebih daripada saya.
- Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya selalu pesan macam-macam; “makam,minum,jaga diri,pandu kereta elok-elok….nanti awak sakit saya juga yang susah hati……bla bla bla”Tapi bila tengok wayang sama-sama,terlepas Asar dan Maghrib begitu saja.Dia tak kata satu apa pun.Aduh…..berdosanya saya!
- Saya bersyukur,sebab,si dia kini telah banyak berubah….Semoga dia dapat istiqamah dengan caranya sekarang….Ya Allah,tetapkanlah iman kami….
- Saya memang sayang sangat pada dia.Saya mahu jumpa dia,bersama dia,cinta secinta-cintanya.Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat,ber’dating’ di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
- Doakan kami saling ingat-mengingati,insaf-menginsafi.Ya Allah,ampunkanlah kami……semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya,di syurga nanti.Amin…..
No comments:
Post a Comment