Sunday, 23 October 2011

Bagaimana menghilangkan Marah

                                                          ...::::: yaAllah... ya Tuhanku.. Engkau jauhkanlah aku dari sifat pemarah::::::....
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang
lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi
kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka
akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya
jikalau kurang segalanya, maka akan

kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa
kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati

dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu

melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan
" Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais,
bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab :
" Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu

pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi

yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan
dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak
kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga
meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan

tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku

bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan
kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf
mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian

itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya
dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada
di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa
dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila
sampai ketikanya Allah akan

ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan"

kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.
Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita

daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada
permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya

lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan

yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan

api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah

tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada

tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan

kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang
lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah
lembut dan kasih sayang.


Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah,
sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan.
Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan
duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah

tidak dapat dikawal.



Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan

syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu
tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan

telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak
ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak,
sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup

berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila
memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak,
angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan
angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap
yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara
Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi
minyak tanah menambah kerasnya api.

berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

wassalam

No comments:

Post a Comment