Monday, 24 October 2011

...Menyembuh kemandulan akibat gangguan jin....

Mandul di kalangan wanita ada dua jenis. pertama, mandul tabii iaitu Allah s.w.t. menciptakan wanita itu dalam keadaan mandul. Kedua, mandul disebabkan oleh gangguan jin yang tinggal di rahimnya sehingga merosakkan telur dan menghalang proses pembenihan. Ataupun membiarkan subur dan terjadi kehamilan, tetapi selepas beberapa bulan, jin akan mengoyak otot pada rahim wanita sehingga menyebabkan pendarahan dan keguguran. Keguguran yang sering terjadi adalah disebabkan oleh jin.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pesakit bagi menyembuhkan kemandulan akibat gangguan jin jin iaitu:
  1. Pesakit perlu mendengar ayat-ayat ruqyah 3 kali sehari.
  2. Membaca ataupun mendengar surah a-Saffat setiap pagi.
  3. Membaca ataupun mendengar surah al-Maarij sebelum tidur.
  4. Bacakan surah al-Fatihah, Ayat Kursi, ayat-ayat akhir surah al-Baqarah, ayat-ayat akhir surah ali-Imran dan muawwizat sebanyak 7 kali pada minyak habbatus sauda’. Kemudian dilumurkan pada dada, muka dan tulang punggung sebelum tidur.
  5. Bacakan ayat-ayat yang sama pada madu lebah asli. kemudia diminum sekali sehari setiap hari sebelum tidur.
Rawatan ini perlu dilakukan selama 3 bulan di samping taat melaksanakan perintah Allah s.w.t. Ini supaya, pesakit termasuk dalam golongan orang mukmin yang disembuhkan oleh Allah s.w.t. dengan al-Quran. Allah s.w.t. menyatakan:
“Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang beriman dan al-Quran itu tidaklah menanbah kepada orang zalim melainkan kerugian.” – surah al-Israk : 82

Sunday, 23 October 2011

ada ape dengan cinta?????

"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi"

"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini adalah antara hadis-hadis pendek tetapi banyak memberikan kesan kepada kehidupan manusia seluruhnya sekiranya ia dihayati sepenuhnya.

Cinta itu adalah kasih-sayang. Cinta itu merupakan elemen motivasi yang paling kuat dalam hidup manusia. Orang yang hidup tanpa wujudnya perasaan cinta di dalam dirinya kehidupannya adalah kosong dan sia-sia.

Kalau kita ini pembaca komik-komik kungfu Cina, kita akan dapati seorang hero itu akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan kekasihnya dan orang-orang yang dicintainya. Dengan semangat cinta itu juga dia berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya.

Kerana cinta jugalah, kita mendengar kata-kata, "Lautan api sanggup ku renangi demi untuk membuktikan cintaku padamu." atau kata-kata, "Ambillah kapak dan belahlah dadaku ini." Orang yang tidak bercinta tidak akan sanggup mengeluarkan kata-kata yang membunuh diri seperti ini.

Seseorang itu adalah menipu sekiranya mengatakan dirinya tidak memerlukan cinta. Kerana cinta itu satu perasaan luhur anugerah Allah kepada semua hamba-hambanya. Orang yang bercinta merasakan hidupnya berwarna-warni dan sentiasa merasakan keseronokan kerana dilamun perasaan cinta.

Maka alangkah ruginya sekiranya dalam diri kita ini tiada langsung apa yang dinamakan perasaan cinta dan kasih sayang.

Cintanya Nabi saw kepada umatnya tidak pernah padam. Hatta sehingga saat sakaratulmaut pun, Nabi saw masih mengingati umatnya. Nabi begitu kasihkan kita sebagai umatnya sehingga umat akhir zaman ini dimohon diberikan pelbagai nikmat dan rahmat.

Umat terdahulu seperti kaum Aad telah dimusnahkan akibat keengganan mereka tunduk kepada ajaran Nabi Hud a.s, kaum Sadum pula telah diterbalikkan bumi mereka kerana mereka engkar kepada ajaran Nabi Lut a.s, kaum Nabi Nuh pula telah ditenggelamkan semua mereka yang menolak ajaran baginda.

Namun, disebabkan doa Rasulullah, umat akhir zaman ini diberi peluang untuk bertaubat sehingga ke hari Akhirat, malah di dalam bulan Ramadhan, dikurniakan pula satu malam yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Umat akhir zaman ini masih belum dimusnahkan walaupun sudah seribu satu maksiat berleluasa di muka bumi ini.

Cinta para sahabat kepada Rasulullah tiada taranya. Kisah perang Uhud membuktikan tujuh sahabat Nabi termasuh seorang wanita, sanggup mengorbankan nyawanya dengan membentuk perisai bagi melindungi nyawa baginda.

Cinta Saidina Abu Bakr kepada baginda pula, sanggup membiarkan ular mematuk tangannya ketika sama-sama bersembunyi di gua Thur. Cinta Saidina Umar terhadap baginda, hinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat pada peringkat awalnya ketika wafatnya Nabi saw, cintanya Saidina Uthman kepada Nabi sehingga beliau sanggup membelanjakan keseluruhan kekayaannya demi perjuangan Islam. Cintanya Saidina Ali, beliau sanggup menggantikan tempat tidur Nabi saw dalam peristiwa hijrah walaupun itu adalah pilihan untuk mati.

Muazzin Rasulullah, Bilal b Rabah terus jatuh sakit dan akhirnya menyusuli kewafatan Nabi saw apabila beliau diberitahu yang Nabi saw telah tiada lagi di muka bumi. Ini semua adalah sebahagian kisah cinta generasi sahabat kepada Nabi saw.

Cinta generasi sahabat sesama mereka pula, juga dinukilkan dalam peristiwa Hijrah. Tanyalah diri kita pada hari ini, siapakah di antara kita yang sanggup menceraikan salah satu dari isteri-isterinya untuk diberikan kepada sahabat yang dicintainya? Tanyalah kepada diri kita, siapakah yang sanggup membahagikan hartanya kepada 2 demi untuk sahabat yang dicintainya?

Sedangkan cinta golongan Muhajirin dan Ansar itu, golongan Ansar sanggup menceraikan satu isteri-isteri mereka untuk menjadi pasangan saudaranya dari golongan Muhajirin. Golongan Ansar sanggup membahagi 2 harta kekayaan mereka demi cinta mereka kepada golongan Muhajirin.

Adakah cinta kita sudah menyamai cinta mereka? Berapa ramai di antara kita yang medermakan barang-barang yang paling disukai untuk diberikan kepada pelarian-pelarian perang yang seagama dengan kita? Adakah baju dan pakaian yang kita dermakan itu pakaian yang buruk dan lusuh ataupun masih cantik dan masih disukai oleh kita sendiri?

Berapa ramaikah yang sanggup memberikan derma sehingga kita sendiri tidak dapat makan untuk sehari? Sedangkan itulah yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat, mendermakan semua rezeki yang mereka dapat pada hari itu kepada golongan yang lebih memerlukan.

Cinta itu suci. Tetapi ia menjadi kotor bila kita sempitkan cinta itu hanya untuk cinta lelaki dan perempuan. Cinta lelaki dan perempuan itu suci sekiranya ianya telah disambung dengan ikatan pernikahan.

Sedangkan cinta itu luas. Cinta kita kepada Allah Yang Maha Pencipta, cinta kepada Rasul, cinta kita kepada ibu bapa dan cinta kita kepada saudara-saudara Islam yang lainnya.

Umat Islam hari ini telah kehilangan cinta dan kuasa cinta. Umat Islam hari ini hanya mengenal cinta yang dicorakkan oleh musuh-musuh Islam iaitu cinta asyik masyuk, iaitu cinta Valentine itulah. Cinta yang dibaluti oleh nafsu yang melesukan.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan membenarkan negerinya menempatkan pengkalan-pengkalan tentera untuk menyerang saudaranya.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan menggunakan undang-undang yang zalim untuk menindas saudaranya itu.

Umat Islam yang cintakan saudaranya akan bangkit menyahut seruan jihad bila saatnya telah tiba.

Tidak menyahut seruan jihad bererti kita tidak cinta kepada Islam. Menghalang seruan jihad menunjukkan kita sudah hilang perasaan cinta itu dalam diri kita. Takut-takut untuk menyokong gerakan jihad menunjukkan kita masih lemah imannya.

Ini semua menunjukkan cinta kita adalah cinta kepada dunia dan takut kepada maut. Tidak pernah memohon untuk mati syahid, bererti kita lebih mencintai neraka dari syurga.

Love is a verb. Maka buktikanlah cinta kita melalui perbuatan. Islam tidak akan tertegak sekiranya perbuatan kita masih tidak berlandaskan syariat.

Islam akan terus tertindas sekiranya kita masih belum memboikot barangan pemodal kapitalis-kapitalis Yahudi.

Islam akan terus dizalimi, sekiranya kita masih belum mahu bergerak dalam gerakan Islam, menyokong dan mengundi parti-parti Islam.

Islam akan terus diperintah, sekiranya ayat-ayat Quran itu hanya tercetak cantik di mushaf-mushaf dan tersusun di rak-rak.

Islam akan makin dipersenda, sekiranya kita masih menyakini kata-kata intelektual kuffar berbanding nasihat para ulama' pewaris nabi.

Islam akan terus berpecah, sekiranya kita masih diselebungi semangat kebangsaan tidak bertempat yang akhirnya menutup usaha membina khilafah yang satu.

Maka didiklah diri kita ini untuk mencintai Islam sepenuh hati kerana hati yang cinta kepada Islam sahaja yang akan terus hidup dan bersemangat untuk memastikan ketuanan Islam akan ditegakkan kembali.

Wallahu'alam.

Bagaimana menghilangkan Marah

                                                          ...::::: yaAllah... ya Tuhanku.. Engkau jauhkanlah aku dari sifat pemarah::::::....
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang
lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi
kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka
akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya
jikalau kurang segalanya, maka akan

kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa
kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati

dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu

melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan
" Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais,
bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab :
" Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu

pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi

yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan
dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak
kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga
meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan

tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku

bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan
kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf
mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian

itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya
dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada
di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa
dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila
sampai ketikanya Allah akan

ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan"

kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.
Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita

daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada
permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya

lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan

yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan

api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah

tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada

tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan

kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang
lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah
lembut dan kasih sayang.


Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah,
sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan.
Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan
duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah

tidak dapat dikawal.



Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan

syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu
tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan

telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak
ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak,
sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup

berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila
memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak,
angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan
angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap
yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara
Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi
minyak tanah menambah kerasnya api.

berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

wassalam