Sunday 1 January 2012

...SEMPENA TAHUN BARU MASIHI...


Sempena tahun bAru ini.. Diri ini ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BaRU MASIHI YANG KE 2012...

Pejam celik pejam celik.. kita tidak sedar,masa itu terlalu pantas meninggalkan kite... ADaKAH KITA TERFIKIR BANYAK MANA AMALAN KITA?? SEDARKAH KITA WAHAI UMAT NABI mUHAMMAD SEBAGAI HAMBA ALLAH SWT.. ?? Umur kita semakin hari semakin meningkat.... MACAMANA PAHALA KITA?? Adakah meningkat..... MACAMANA IBADAH KITA SEMUA MUSLIM N MUSLIMAT?? Adakah ia masih pada takut yang sama... ataupun ia berkurangan..... sama-amalah kita renung- renungkan serta muhasabah diri kita ini.... 

      ADAKAH KITA INI ADALAH HAMBA YANG SELALU MENSYUKURI NIKMAT ALLAH???

Pasti ramai anak muda mudi sekarang ini akan keluar untuk menyabut tahun baru.. memang tidak dinafikan setiap tahun mereka akan menyambutnya.... detiknyA pukul 12.00 tengah malam.. letupan bunga api akan kedengaran..kelihatan dilangit dipenuhi warna-warni.. bertapa meriahnyA..betapa ramainya orang di sini untuk menanti detik ini.... di sinilah juga maksiat berlaku... lelaki perempuan berkumpul bermadu asmara berpelukan, lupa akan diri..mabuk dengan terhonyong-hayang,percampuran lelaki n perempuan yang bukan muhrim, berkonsep.. berdansar semuanya ade... 
MASYA ALLAH....
INI KE DIPANGGIL HAMBA ALLAH YANG BERSYUKUR ATAS NIKMAT PEMBERIAN ALLAH SWT??? SEDARKAH AKAN PERBUATAN KITA INI ADAKAH BENAR DALAM ISLAM????........





HUKUM SAMBUTAN TAHUN BARU MASEHI


Umat Islam diajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Allah juga telah menganugerah dua perayaan kepada Nabi dan umat Islam menggantikan perayaan Ahli Kitab iaitu dua hari raya iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji (Eid Fitri dan Eid Adha).JUsteru itu segala sambutan lain mestilah tidak menyamai perayaan dua hari raya Islam tadi. Walau bagaimanapun, Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-


1. Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN BERSYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syarak boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).Terdapat satu kaedah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat" [Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majoriti". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi)


2. Tiada unsur percampuran atau pergaulan bebas lelaki dan wanita yang bukan mahram yg biasanya ada unsur maksiat.Tapi syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Jika ada unsur tersebut, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

3. Sambutan tidak mengandungi atau bercampur aduk dengan program yang haram spt konsert atau hiburan yang bercanggah dengan syarak spt lagu cinta dan puja puji kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

4.Kandungan keseluruhan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan Islam. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment