Sunday 4 December 2011

..KEKUATAN SEORANG WANITA TERLETAK DISEBALIK KELEMAHANYA..

Sabda Rasulullah SAW
 
¡§ Jika seorang isteri telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan menjaga kehormatannya dan dia taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah dia masuk ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki¡¨
 
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan di muka bumi ini, itulah gelaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada wanita. Sebelum kedatangan Islam di tanah Arab, kaum wanita dipandang serendah-rendah martabat. Mereka diperlakukan sewenang-wenangnya oleh suami masing-masing. Di dalam hal kelahiran pula, apabila seorang wanita itu melahirkan anak perempuan, itulah sebesar-besar aib yang dirasakan oleh suaminya hinggakan ada yang sanggup membunuh anak perempuan yang tidak berdosa itu.
               Setelah sinaran Islam disebarkan oleh Rasulullah SAW, martabat kaum wanita diangkat setinggi-tingginya dan penghormatan demi penghormatan diberikan oleh Allah SWT kepada golongan wanita.
 
               Sesungguhnya wanita itu adalah golongan yang lemah. Memerlukan  perhatian, belaian dan tunjuk ajar dari seorang lelaki untuk menuntun dan memandu hidupnya.
 
   ¡§Andai manusia itu dibenarkan untuk sujud kepada manusia, nescaya akan ku suruh isteri-isteri untuk sujud kepada suaminya.¡¨ Itulah kata-kata dari Rasulullah SAW.
 
               Tetapi disebalik setiap kelemahan itu pasti ada kekuatannya. Ketika Rasulullah SAW pulang dari Gua Hira¡¦ selepas menerima wahyu daripada Allah melalui malaikat Jibril, baginda meminta isterinya Saidatina Khadijah untuk menyelimutkannya. Khadijahlah tempat baginda kembali saat kecemasan dan ketakutan melandanya setelah menerima wahyu pertama. Kebesaran jiwa Khadijah yang sentiasa dikenang oleh baginda dan memberikan tempat yang paling istimewa dihatinya walaupun setelah baginda menikahi seorang anak dara. Begitu juga yang diperlakukan oleh baginda Rasulullah SAW yang sering bergurau dengan Saidatina Aisyah dan isteri-isterinya yang lain..
 
               Begitu juga keadaannya dengan Saidina Umar Al-Khatab. Ketika seorang lelaki datang kepadanya untuk mengadu keadaan isterinya yang suka membebel, beliau sendiri melihat Saidina Umar Al-Khatab berdiam diri dimarahi isterinya sendiri. Ketika ditanya, Saidina Umar lantas menjawab bahawa isterinya telah banyak berkorban untuknya, membasuhkan pakaiannya, memasak untuknya, melahirkan anaknya dan menjaga serta mendidik anaknya sedangkan itu adalah ehsannya terhadapnya dan  bukan kewajipannya. Khalifah kedua tersebut juga menunjukkan rasa kasih dan sayang serta mesra terhadap isterinya.
 
               Ini menunjukkan kepada kita satu cara, bahawa para pemimpin dan pejuang mukmin sejati menggunakan setiap tenaganya untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba dan pejuang-pejuang Allah, ketika tenaganya habis, disitu memerlukan kembali bekalan tenaga untuknya meneruskan perjalanan. Dan bekalan tenaga itu dapat diperolehi melalui kelembutan dan kemesraan seorang isteri. Kepercayaan seorang isteri, dorongan dan motivasi seorang isteri serta kelembutan, kemesraan dan kasih sayangnya terhadap suaminya memberikan kekuatan kepada sang suami untuk terus berjuang.
 
               Dibelakang seorang lelaki yang berjaya, berdirinya seorang wanita. Tidak salah mengatakan  kekuatan seorang wanita itu terlindung di sebalik kelemahannya.
 
¡§ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. Amin¡¨

No comments:

Post a Comment